Melaka Bila Larut Malam beri laluan kepada program keagamaan Maal Hijrah

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 3 Julai – Program Melaka Bila Larut Malam yang sepatutnya dijadual pada Sabtu pertama setiap bulan iaitu 6 Julai ditangguh ke 13 Julai depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pengangguhan itu bagi memberi laluan kepada penganjuran majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024.

Menurut Ab Rauf, majlis sambutan Maal Hijrah itu akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Krubong dan rakyat negeri ini dijemput untuk memeriahkan sambutan berkenaan.

“Bermula jam 6 petang hingga jam 11 malam, orang ramai dijemput untuk bersama-sama menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Melaka.

“Paling ditunggu-tunggu, Ceramah Perdana akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad yang akan membuat kemunculan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri.

Antara pengisian program Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 ialah Bacaan Surah Yasin, Doa Kesyukuran, Bacaan Doa Akhir Tahun 1445H dan Awal Tahun 1446H.

Selain itu, turut diadakan Alunan Qasidah dari Kumpulan Ahbabusham dan Kumpulan Ar Rahman serta Majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

84
Kongsi :
Previous post Indonesia-Melaka sepakat jalin kerjasama martabat seni, budaya
Next post Telegram MyMelaka News efisien, sebar maklumat tepat
Ubah saiz-+=