Sorting by

×

Melaka Bila Larut Malam: 5,000 pengunjung dijangka serbu Menara Taming Sari

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 28 Mei – Lebih 5,000 pelancong dan pengunjung dijangka akan singgah ke Menara Taming Sari sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ pada 1 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB) Nasrul Ahmad berkata, selain menikmati pemandangan Bandaraya Melaka pada waktu malam, pihaknya bercadang untuk menyediakan mini ‘Ghost Museum’ sebagai tarikan tambahan kepada orang ramai.

“Kami sedang berurusan dengan pihak pengurusan mini Ghost Museum, jika semuanya berjalan lancar tarikan ini dijadualkan beroperasi dari jam 6 petang sehingga 3 pagi. Bagi menceriakan lagi suasana pada malam berkenaan kami turut menampilkan persembahan ‘Emosi Band’.

“Persediaan kita daripada segi urusan teknikal menara dan kakitangan bertugas pada hari berkenaan sudah capai 80 peratus, Insya-Allah untuk beroperasi sampai jam 3 pagi memang tiada masalah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, orang ramai diminta untuk sentiasa mengikuti perkembangan Melaka Bila Larut Malam khusus membabitkan tarikan di Menara Taming Sari berikutan jadual pembelian tiket untuk menaiki ikon pelancongan itu belum ditetapkan.

“Kaunter kami sudah sedia untuk jualan tiket RM10, cuma waktu pembelian belum ditentukan lagi, mungkin tiket harga RM10 ini ada sedikit kelainan untuk memudahkan kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

218
Kongsi :
Previous post Jemaah muda jadikan tanah suci ‘lubuk’ cari pahala
Next post Bina generasi berakhlak terpuji
Ubah saiz-+=