Sorting by

×

Melaka Bike Week 2022 bantu promosi kawasan peranginan Melaka utara

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KUALA LINGGI 26 November – Penganjuran Melaka Bike Week 2022 di Universiti Melaka (UniMel) Kuala Sungai Baru, di sini, berjaya mencapai sasarannya.

Ia apabila dianggarkan hampir 30,000 pengunjung hadir pada acara julung kali yang diadakan selama tiga hari itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah berkata, penganjuran itu bukan sahaja menarik kehadiran peminat motosikal seluruh negara, bahkan ia turut disertai geng motosikal dari negara-negara serantau seperti Thailand, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Seperti mana kita tahu, Kuala Linggi hingga ke Tanjung Bidara merupakan antara pusat pelancongan Negeri Melaka yang terkenal dengan pantai peranginan.

“Alhamdulillah, menerusi program ini, ia secara tidak langsung mempromosikan kawasan-kawasan ini kepada geng-geng permotoran untuk menjadikan kawasan ini sebagai antara lokasi persinggahan mereka setiap kali melakukan jelajah.

“Secara tidak langsung, dengan kehadiran ‘bikers’ dari luar negara, ia juga dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan serumpun di antara Melaka dengan negara-negara jiran,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas perasmian Melaka Bike Week 2022, di sini, hari ini.

56C7546C-3C73-45EC-8C94-22F7B673EA10
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Terdahulu, upacara perasmian itu telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UniMel Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Utama (Dr.) Mohd Khalil Yaakob.

Hadir sama, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah; Adun Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin dan Pengerusi Eksekutif Kuala Linggi International Port (KLIP) Tan Sri Noormustafa Kamal Yahya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7200
Kongsi :
Previous post Kuala Sungai Baru diserbu ‘geng motor’
Next post Tunggang ‘kapcai’ dari Melaka ke Mekah
Ubah saiz-+=