
Melaka berjaya kurangkan hutang RM178j kepada kerajaan Pusat
AYER KEROH 9 Dis. – Melaka berjaya mengurangkan hutangnya kepada kerajaan Persekutuan sebanyak RM178.39 juta biarpun belum setahun berada di bawah pimpinan kerajaan hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman Md. Ali berkata, pengurangan itu adalah daripada RM821.63 juta pada 2019, kepada RM643.24 juta tahun ini.
“Ia adalah hampir 21.71 peratus dengan kejayaan pengurangan hutang berjumlah RM178.39 juta.
“Kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memulihkan prestasi kewangan, selain memberi fokus kepada langkah untuk mengawal defisit semasa, mengurangkan hutang dan meningkatkan rizab.
“Usaha termasuklah menyelaraskan semula perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan serta mengaktifkan penglibatan jalinan kerjasama
di antara kerajaan dan pihak swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, di sini hari ini.
Menurut beliau bagi meningkatkan kecemerlangan Melaka, yang salah satu tonggaknya kompetensi, kerajaan negeri akan berusaha meneroka sumber hasil-hasil baharu pada tahun hadapan.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH BAITULMAL MAIM IMARAH MASJID MENJELANG RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 1 Mac - Bersempena bulan Ramadan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengadakan Program Jelajah Baitulmal bagi mengimarahkan masjid...
PENIAGA BAZAR IKONIK SERONOK DAPAT ‘PIKAT’ PELANCONG MEMBELI
BANDA HILIR 1 Mac - Bazar Ikonik Banda Hilir berkonsep bazar mega yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk persiapan menyambut...
MANFAAT JUALAN MURAH SEBAGAI PERSIAPAN RAMADAN
LENDU 1 Mac - Jualan pelbagai barangan pada harga lebih murah dan segar di pasar tani dimanfaatkan orang ramai bagi...
KOLEJ KOMUNITI JASIN JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN PENGAMAL MEDIA
BUKIT KATIL 1 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) telah mengadakan Program Sembang Santai bersama pengamal media Negeri Melaka, di...
FAMA MELAKA SASAR NILAI JUALAN RM8 JUTA TAHUN INI
LENDU 1 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka menyasarkan nilai jualan RM8 juta untuk tahun 2025. Pengarah...
TERKEJUT KAMBING JANTAN ATAS BUMBUNG RUMAH
TABOH NANING 1 Mac - Seorang peniaga rojak terkejut apabila bunyi bising di atas bumbung rumah rupanya angkara dua ekor...