Melaka beri Anugerah Murabbi Nusantara kepada Ustaz Abdul Somad

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

PAYA RUMPUT 6 Julai – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad diangkat sebagai penerima Anugerah Murabbi Nusantara oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Anugerah itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di Stadium Hang Jebat, di sini.

Beliau merupakan antara 15 tokoh Islam yang dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan itu dan menerima sijil serta tanjak yang dinamakan ‘Pasang Surut’.

Anugerah itu disampaikan Ab Rauf sejurus selepas perasmian sambutan berkenaan sekitar jam 8 malam tadi.

Selain Abdul Somad, kesemua penerima anugerah merupakan anak kelahiran Melaka yang membawa sumbangan dalam pelbagai bidang.

Antara tokoh dan anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Fatimah Az-Zahra (Tokoh Ibu Inspirasi); Anugerah Uwais Al-Qarni (Tokoh Tunas Harapan); Anugerah Abdullah Bin Ummi Maktum ( Tokoh Warga Istimewa); Anugerah Ibnu Uraiqith (Tokoh Non-Muslim) dan Anugerah Abdurrahman Bin Auf (Tokoh Usahawan Islam)

Selain itu, Anugerah Salman Al-Farisi (Tokoh Aktivis Muslim); Anugerah Bilal Bin Rabah ( Tokoh Pegawai Syarak); Anugerah Imam As-Syafie (Tokoh Pentadbir Masjid); Anugerah Ali Bin Abi Talib (Tokoh Belia Islam); Anugerah Mu’adz Bin Jabal (Tokoh Penggerak Masyarakat); Anugerah Keluarga Sumayyah dan Yassir (Tokoh Keluarga Mithi); Anugerah Hisbah (Tokoh Agensi Penguatkuasaan); Anugerah Umar Bin Abdul Aziz (Tokoh Perkhidmatan Awam); Anugerah Abu Bakar As-Sidiq (Tokoh Maal Hijrah).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

884
Kongsi :
Previous post 50,000 banjiri sambutan Maal Hijrah Melaka
Next post Lautan manusia banjiri ceramah Ustaz Abdul Somad
Ubah saiz-+=