Melaka beralih Fasa 2 PPN Sabtu ini – PM
KUALA LUMPUR 2 Sept – Melaka beralih Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Sabtu ini, demikian menurut kenyataan Perdana Menteri, hari ini.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain Melaka, Negeri Sembilan beralih ke Fasa 3 PPN berdasarkan keputusan Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.
Katanya, peralihan fasa bagi negeri-negeri di atas akan bermula pada 4 September ini.
“Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor
pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan
syarat-syarat yang ditetapkan.
“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September.
“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus,” katanya.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat juga sebulat suara bersetuju Sidang Khas itu dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik dan bakal membabitkan wakil daripada parti pembangkang.
“Pendekatan ini adalah satu usaha kolektif untuk melibatkan semua pemegang taruh bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...