
Melaka bentang Bajet 2024 hari ini
SERI NEGERI 27 November – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan membentangkan Bajet 2024 Negeri Melaka, hari ini.
Pembentangan Bajet itu akan diumumkan pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini.
Persidangan kali ini berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis.
Ia dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum.
Tahun lalu, Bajet 2023 Negeri Melaka bertemakan Teguh Bersama, Makmur Melaka – Memulih Ekonomi, Memperingat Aku Janji, Mensejahtera Rakyat.
Bajet 2023 itu berteraskan ‘no one left behind’ yang dicerakinkan kepada 11 fokus utama selari dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ 2035).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 10,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TELOK MAS
TELOK MAS 13 April - Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Padang Bola Taman Seri Telok Mas sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri...
TENGKU HASSANAL BERANGKAT KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU
MERLIMAU 12 April - Keberangkatan tiba Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...
18 PROGRAM MERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-22 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
AYER KEROH 12 April - Sebanyak 18 program dan acara telah dirangka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Ulang Tahun...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PENGKALAN BATU BAWA KONSEP ‘GARDEN’
PENGKALAN BATU 12 April - Konsep sambutan Aidilfitri dalam taman menjadi antara tarikan pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri...
BALAI BOMBA BAHARU DI PEKAN ASAHAN
ASAHAN 12 April - Pembinaan Balai Bomba baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dijanhka akan direalisasikan tidak lama lagi...
KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI
TANJUNG BIDARA 12 April - Sebanyak 70 kios makanan tradisi berserta 10 kendera saji (food truck) akan disediakan untuk menjamu...