Melaka benarkan tarawih tanpa pelitup muka – Mufti
AYER KEROH 25 Mac – Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan sebarang ketetapan mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada jemaah menunaikan solat sunat tarawih di masjid dan surau di negeri ini.
Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, pihaknya bagaimanapun menyarankan jemaah yang tidak sihat agar memakai pelitup muka ketika di dalam masjid atau surau.
Katanya, ia penting bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti COVID-19, influenza dan sebagainya.
“Buat sementara ini kita tidak ada sebarang ketetapan mewajibkan pelitup muka, namun kita amat galakkan ia dipakai ketika di dalam masjid terutama jika (jemaah) tidak sihat.
“Kita nasihatkan juga para jemaah untuk membuat kawalan kendiri berikutan penularan influenza dan pelbagai penyakit lain atas faktor cuaca yang tidak menentu kini,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, pihaknya akan membuat penilaian menyeluruh mengenai ketetapan tersebut, dan jika ada sebarang keperluan untuk membuat perubahan ia akan dimaklumkan secara hebahan.
“Dalam pada itu juga, kita sarankan semua umat Islam untuk mengimarahkan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini bagi memperoleh keberkatan dan pahala berlipat kali ganda,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...