Sorting by

×

MELAKA BENARKAN JUALAN BUNGA API, MERCUN 20 HARI SEBELUM RAYA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 5 Mac – Polis Melaka membenarkan penjualan mercun dan bunga api secara terbuka bermula Selasa depan.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, setakat ini permohonan permit bagi penjualan mercun dan bunga api masih dibuka dan diterima pihaknya.

“Permohonan permit penjualan sudah diterima dan jumlah permit yang akan diluluskan masih dalam tindakan kelulusan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) di setiap daerah.

“Untuk tarikh penjualan mercun dan bunga api yang dibenarkan pula adalah bermula 20 hari sebelum raya sehinggalah 10 hari selepas raya,” katanya.

Beliau berkata, hanya penjualan bunga api jenis ‘happy boom’ yang dibenarkan oleh pihak berkuasa kerana ia mengandungi bahan bakar tidak membahayakan keselamatan sempena sambutan Aidilfitri.

“Jenis bunga api yang dibenarkan untuk jualan adalah sebanyak 36 bunga api jenis ‘happy boom’.

“Selain itu, antara premis yang dibenarkan adalah seperti Bazar Ramadan, penjualan di luar kawasan bangunan pasar raya dan perniagaan runcit,” katanya kepada pemberita.

Whatsapp Image 2025 02 28 At 1.01.57 Pm
DZULKHAIRI.

Menurutnya, dalam operasi yang diadakan sepanjang tahun lalu, pihak polis telah membuat lima tangkapan terhadap individu berusia 35 hingga 52 tahun yang didapati menjual mercun dan bunga api secara terbuka tanpa lesen.

Jelas beliau, kesalahan itu dilakukan di empat lokasi sekitar daerah Melaka Tengah dan satu di Jasin dengan nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM120,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post DATARAN BANDARAYA MBMB ‘PORT’ NYAMAN BERBUKA PUASA
Next post MELAKA PANTAU KEBERSIHAN PASAR RAMADAN