Sorting by

×

Melaka belum terima tambahan dos vaksin COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

BUKIT PALAH 17 Jun – Permohonan kerajaan negeri Melaka untuk mendapatkan lebih banyak peruntukan dos vaksin untuk rakyat negeri ini belum tiada maklum balas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman yang berharap jawatankuasa itu memperhalusinya dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.

“Kita telah memohon dalam pelbagai cara untuk mendapatkan pertambahan dos vaksin untuk negeri ini, tetapi setakat ini belum ada lagi (maklum balas).

“Apapun, kita tetap berharap dengan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini yang mungkin menyebabkan bekalan dos vaksin akan menyusut secara mendadak, mahu atau tidak mereka (JKJAV) pasti akan tambah bekalan untuk negeri Melaka,” katanya yang enggan berkongsi jumlah terkini dos vaksin yang diterima Melaka.

Dalam pada itu, mengulas statistik pendaftaran vaksin rakyat Melaka, Rahmad berkata, setakat ini lebih 62 peratus rakyat sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

Tegasnya, jumlah itu bagaimanapun masih di tahap membimbangkan kerana kerajaan negeri menyasarkan kesemua 100 peratus rakyat mendaftar vaksinasi bagi memudahkan pengagihan dan penjadualan PICK di seluruh negeri ini.

“Jika lambat, ia akan menyukarkan petugas untuk mengatur janji temu. Nak mengatur itu yang memakan masa, jadi kita mintalah semua berikan kerjasama yang baik untuk melancarkan urusan dan memastikan 80 peratus populasi dapat divaksin,” ujarnya.

Pada masa sama, Rahmad turut meminta semua rakyat yang sudah mendaftar bersabar sekiranya masih belum mendapat janji temu suntikan vaksin.

Katanya, buat masa ini fasa 2 PICK masih lagi berjalan membabitkan warga emas dan golongan berisiko tinggi yang dijadual sehingga Ogos dan selepas itu barulah pemberian vaksin fasa 3 akan dimulakan yang menyasarkan rakyat berumur 18 hingga 60 tahun bukan berisiko tinggi.

“Sabar dan bertenang dahulu. Buat masa ini praktiklah SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19,” katanya lagi.

Setakat semalam, data JKJAV menunjukkan sejumlah 84,681 jumlah rakyat Melaka telah selesai divaksin atau bersamaan 12.5 peratus populasi.

RAHMAD diberi penerangan mengenai perjalanan vaksinasi di Special PPV Hospital Melaka di Auditorium Masjid Al-Azim, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

354
Kongsi :
Previous post Melaka jangka 8,000 penduduknya terima vaksin setiap hari mulai Julai depan
Next post Pelajar 15 tahun mengaku bersalah halang tugas penjawat awam dan memandu secara melulu
Ubah saiz-+=