
Melaka belum putuskan senarai calon sehingga keputusan SPR
MASJID TANAH 15 Okt. – UMNO Melaka belum menamakan sebarang calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga tarikh pilihan raya diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sehingga petang ini, senarai calon belum difikirkan.
“Itu belum lagi, kita akan perincikan setelah kita dapat kata putus kepada SPR.
“Calon (diputus) selepas SPR buat pengumuman, kita ada masa panjang untuk fikirkan soal calon.
“Belum diputuskan (sama ada calon muda) sehingga pihak perhubungan menerima cadangan daripada bahagian untuk diperhalusi dan dibuat saringan. Belum ada (bahagian menghantar nama calon),” katanya.
Beliau berkata demikian sidang media selepas program penyerahan komputer riba kepada UMNO Cawangan Masjid Tanah Kampung Pulau di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...