Melaka belum buka pintu untuk pelancong luar – KM

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 30 Sept. – Kerajaan Melaka kekal dengan pendirian tidak membenarkan kedatangan pelancong luar buat masa ini biarpun telah beralih kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) esok.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, keputusan itu sama seperti diumumkan sebelum ini yang mana sektor pelancongan hanya untuk rakyat di Melaka sahaja.

“Keputusan sektor pelancongan Melaka masih seperti dulu dan tetap, saya nak lihat dulu sebab saya bimbang…mungkin dalam Negeri Melaka kita boleh buka sektor pelancongan untuk orang Melaka saja.

“Kita tengok ada tak berlaku kenaikan kes? Kalau tiada, itu prosedur operasi standard (SOP) yang kita perlu ikut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Seri Negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini MHI melaporkan Melaka tidak akan membuka pintu sempadan negeri untuk pelancong bermula 1 Oktober seperti diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Sebaliknya, Melaka hanya membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

547
Kongsi :
Previous post Perzim, UTHM meterai MoA pulihara seni bina warisan Melaka
Next post Hanya 50 peratus kapasiti pengunjung setiap premis – Muhammad Jailani
Ubah saiz-+=