Melaka bebas berniaga 2021
AYER KEROH 9 Dis. – Melaka bakal memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk berniaga di mana sahaja dalam tempoh satu tahun.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata perkara tersebut merupakan antara inisiatif yang diberikan Kerajaan Negeri Melaka untuk membantu peniaga serta rakyat yang terjejas sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara.
Katanya, para peniaga bagaimanapun perlu mendapatkan lesen perniagaan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.
“Jika di Wilayah Persekutuan, diumumkan inisiatif bebas berniaga selama enam bulan, tetapi di Melaka, demi membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah bagi mencari rezeki untuk berniaga, seperti penjaja kecil, peniaga warung, penjual nasi lemak, pisang goreng, kuih-kuih dan penjual air kelapa.
“Maka, sukacita kerajaan negeri umumkan bermula Januari 2021, inisiatif ‘Melaka bebas berniaga’ adalah dibenarkan selama satu tahun.
“Tetapi, mesti mempunyai lesen niaga dan yang paling penting ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2021 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, sebentar tadi.
-Berita lanjut menyusul
Views:
Related
Berita Lain
UTEM CIPTA PERALATAN REHABILITASI BANTU PULIHKAN PESAKIT
DURIAN TUNGGAL 27 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya melaksanakan program Pemulihan Fisioterapi Dalam Komuniti Melalui Teknologi...
MELAKA KEKAL KETETAPAN MINUMAN KERAS DIJUAL DI PETI AIS BERASINGAN
AYER KEROH 27 Januari - Melaka tiada isu dalam mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung penjualan minuman keras...
PAMERAN TEKS SULALATUS SALATIN KE VISUAL SASAR LEBIH 10,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 27 Januari - Lebih 10,000 pengunjung disasarkan akan berkunjung ke Pameran Teks Sulalatus Salatin ke Visual di Balai...
OP SIAGA RAYA: 150 ANGGOTA BOMBA MELAKA BERSEDIA SETIAP MASA
AYER KEROH 27 Januari - Seramai 150 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka bersiap sedia setiap...
CADANGAN JONKER WALK 2.0 PERLU DITELITI, KAJIAN MENDALAM
AYER KEROH 27 Januari - Cadangan untuk menjenamakan Jalan Hang Tuah menjadi kawasan pelancongan berkonsepkan 'Jonker Walk 2.0' perlu dibuat...
RIBUAN TANGLUNG HIASI BANDARAYA MELAKA
AYER KEROH 26 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) giat menceriakan kawasan pentadbirannya bersempena sambutan Tahun Baru Cina, tahun...