Sorting by

×

MELAKA BANTU PROMOSI TAHUN MELAWAT MALAYSIA

Masa Membaca:55 Saat

BANDA HILIR 28 Oktober – Penganjuran sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia 2025 (WTC2025) dijadualkan berlangsung di Melaka September depan akan dijadikan platform untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, peluang itu perlu dimanfaatkan kerana kedua-dua acara itu akan dihadiri menteri pelancongan dan wakil daripada 155 negara seluruh dunia.

“Kita tidak akan berlengah, selepas tamat kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) Disember nanti, Kerajaan Negeri akan terus mempromosikan VM2026.

“Selain itu akan ada beberapa lagi mesyuarat jawatankuasa untuk menggerakkan aktiviti (promosi), ini antara ‘instrument’ bagi menarik kedatangan pelancong pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Deepavali 2024 Peringkat Negeri Melaka, di Padang Nyiru, malam tadi.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

75
Kongsi :
Previous post KAWASAN REKREASI BAHARU TAMAN MASJID TANAH RIA
Next post KETUA MENTERI LUANG MASA SANTUNI PETUGAS MERS999
Ubah saiz-+=