Melaka bandaraya bebas karbon – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 10 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melancarkan projek inovasi ‘Environment Sensor Station’ (ESS) sebagai inisiatif mencapai standard kualiti udara yang baik.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata menerusi inisiatif itu pihaknya akan memperkenalkan zon udara bersih di Bandaraya Melaka.

“Projek ini sejajar dengan matlamat MBMB menjadikan Bandaraya Melaka bebas karbon yang diiktiraf di peringkat persekutuan.

“Tahniah kepada 20 anggota MBMB yang tidak putus-putus menghasilkan inovasi ini, bila kita buat inovasi, sudah pasti ia menghasilkan produk yang baik.

“ESS untuk mengawal kualiti alam daripada pencemaran dan sebagainya. Kita sudah letak ESS di dua lokasi iaitu di Padang Nyiru Banda Hilir dan MBMB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bil 3/2023 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Dataran MBMB, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Shadan berkata MBMB menyasarkan sebanyak 1.0 lagi lokasi yang akan menempatkan projek inovasi berkenaan.

“Dengan adanya ESS kita dapat mengenal pasti pencemaran udara di setiap kawasan, kita akan dapat rekod dan tahu keadaan bandaraya tersebut.

“Saya yakin ini salah satu daya tarikan untuk mempromosi budaya hidup yang sihat dan bersih untuk warga bandaraya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2017
Kongsi :
Previous post Kadar zakat fitrah Melaka kekal
Next post MAIM peruntuk RM6.61 juta bantuan Ramadan, Syawal
Ubah saiz-+=