Sorting by

×

Melaka bakal wujudkan Institut Dondang Sayang

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

DUYONG 20 Julai – Bagi memastikan seni warisan dondang sayang tidak luput ditelan zaman, Kerajaan Negeri bakal mewujudkan sebuah Institut Dondang Sayang di negeri ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, perkara itu bakal dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan.

Menurutnya, setakat ini beberapa lokasi telah dicadang bagi pusat operasi institut berkenaan dan antara yang bakal dipertimbangkan ialah di Banda Hilir.

“Institut ini akan menjadi tempat untuk mengajar, melatih dan pada masa sama memberi pendedahan kepada golongan muda terhadap seni dondang sayang.

“Ini kerana dondang sayang merupakan warisan tidak ketara Negeri Melaka yang perlu dipelihara untuk anak cucu kita, selain perlu untuk kita perkenalkan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyaksikan persiapan akhir penggiat seni yang akan membuat persembahan di Ballus-21st International Meeting of Folklore Sardinia, Itali bertempat di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalannya Datuk Zaidi Attan; Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA) Abdul Malek Bador; Pengurus Sungai Melaka Ventures Sdn Bhd Nurman Mohd Baroldin dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Azlan Abidin.

Dalam pada itu, Abdul Razak turut menggalakkan sekolah-sekolah di negeri ini bersama-sama Kerajaan Negeri dalam usaha untuk terus menyuburkan dondang sayang di peringkat akar umbi.

“Kita melalui INSWA juga sedia bekerjasama dengan mana-mana sekolah yang berminat untuk mendalami dondang sayang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1121
Kongsi :
Previous post Cabaran lahirkan tenaga kerja mahir menjelang 2030
Next post Tinggal kasut di kaki lima sebelum ditemui terlungkup atas jalan
Ubah saiz-+=