Melaka atur persiapan rapi bagi Pameran Hang Tuah 

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KOTA LAKSAMANA 2 Jun – Persediaan bagi penganjuran Pameran Hang Tuah sedang giat dilaksanakan supaya pembukaannya pada 10 Jun ini berjalan lancar.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, setakat ini 70 peratus persiapan telah siap dilaksanakan dengan pameran dijadual diadakan di Dewan A Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

“Persiapan giat dilaksanakan termasuk kerja-kerja pemasangan panel dan ruang pameran dalam dewan disediakan di MITC. Ia termasuk persiapan setiap aset dan artifak yang dibawa masuk ke negeri ini selepas hasil kunjungan kebeberapa buah negara.

“Pameran ini juga akan diadakan berterusan selama sebulan dan ia juga serentak dilaksanakan sempena Melaka Bike Week pada 14 hingga 16 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan gimik pelepasan konvoi pada program Malaysia International Classic Bike Festival diadakan di sebuah hotel di Jalan Tun Perak, Kampung Enam, di sini, hari ini.

Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri sedang menilai kadar tiket yang akan dikenakan pada pameran berkenaan dan akan memutuskan perkara itu dalam tempoh lebih kurang 10 hari lagi.

“Bagi pameran aset Tuanku Sultan Ibrahim dan penganjuran Melaka Bike Week di lokasi sama ini kita buka secara percuma kepada mana-mana pengunjung.

“Bagaimanapun bagi Pameran Hang Tuah ini kita sedang menilai beberapa perkara dan Insya-Allah kita sedang membuat keputusan untuk menentukan yang terbaik buat pengunjung yang datang ke Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

172
Kongsi :
Previous post Menara Taming Sari ‘hidupkan’ aura larut malam Melaka
Next post TMM2024: Inap desa ibarat ‘pisang goreng panas’
Ubah saiz-+=