Sorting by

×

Melaka anjur seminar pegawai kehormat dan bersekutu APM 2021

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER KEROH 3 OKT – Buat julung kalinya Melaka dipilih sebagai tuan rumah Seminar Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2021 pada 23 dan 24 Oktober ini bertempat di Hotel La Crista, dekat sini.

Pengarah APM Melaka, Lt Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, pihaknya berbesar hati atas pemilihan itu dan berikrar untuk memberikan yang terbaik dari segenap aspek kepada semua peserta terbabit.

Katanya, seminar itu membabitkan pegawai kehormat dan bersekutu daripada pelbagai latar belakang termasuk politik, korporat, akademik dan kerajaan atau penjawat awam.

“Di peringkat Melaka kita sangat bertuah buat pertama kali dipilih sebagai tuan rumah seminar.

“Kira-kira 150 hingga 250 peserta dari seluruh negara akan terbabit seminar ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pengarah APM negeri, Lt. Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra mengadakan sidang akhbar. Foto: MR. Azli

Beliau ditemui pada sidang media usai Sesi Suai Kenal Bersama Pengarah APM Melaka serta Taklimat Seminar Pegawai Kehormat dan Bersekutu Peringkat Kebangsaan di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Pegawai Bersekutu Kategori Korporat APM Melaka, Lt Kolonel Bersekutu (PA) Mike Thein.

Katanya, seminar tiga hari dua malam itu bakal diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas),
Datuk Mastura Mohd Yazid dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel juga dijangka hadir.

“…sudah tentu akan ada pembentangan kertas kerja yang akhirnya dijadikan asas panduan untuk APM.

“Ia akan dikongsikan secara langsung kepada peserta seminar mahupun yang tidak berkesempatan menghadiri seminar,” katanya.

Cuthbert berkata, kira-kira 50 pegawai kehormat dan bersekutu baharu dari negeri ini bakal dilantik termasuk 10 orang pada seminar itu.

Katanya, ia membabitkan pelbagai kategori termasuk kakitangan kerajaan dan atlet sukan, namun tidak dapat mendedahkan secara terperinci buat masa ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1223
Kongsi :
Previous post ‘Bisikan masa kau belum tiba’ kejutan pesakit COVID-19 tahap 5
Next post Pegawai kehormat, bersekutu duta APM- Cuthbert
Ubah saiz-+=