Sorting by

×

Melaka anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, 28 Mei depan

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

SERI BENDAHARA 20 April – Kerajaan negeri bakal menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka pada 28 Mei depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, penganjuran rumah terbuka julung kali selepas tempoh dua tahun itu akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC bermula jam 2 hingga 6 petang.

Katanya lagi, pemilihan MITC sebagai lokasi penganjuran adalah disebabkan kawasan itu tidak lagi menjadi pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC) Melaka selepas ia ditutup pada 30 April ini.

“Sebelum ini rumah terbuka kerajaan negeri biasanya dianjur pada hari raya pertama atau kedua, tetapi kali ini kita buat sedikit berbeza iaitu pada penghujung raya.

“Ini kerana saya ingin memberi peluang kepada orang ramai khususnya penjawat awam pulang berhari raya di kampung memandangkan sudah dua tahun tidak dapat beraya bersama keluatga dan sanak saudara.

“Selain kerajaan negeri, insya-Allah rumah terbuka semua wakil rakyat juga akan diadakan mengikut jadual yang bakal diatur sedikit masa lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada pengamal media Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Borhan Othman Ali dan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Nasharuddin Muhammad.

Sulaiman dalam ucapannya turut menghargai peranan dan jasa pengamal media dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai dasar serta perancangan kerajaan negeri.

Katanya, media cetak mahupun elektronik di negeri ini turut menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan Melaka melalui berita yang disampaikan secara terus kepada rakyat.

“Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon maaf dan menyusun 10 jari sekiranya ada salah dan silap serta tingkah laku yang tidak baik atau perbezaan pendapat sepanjang memimpin negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1260
Kongsi :
Previous post ADUN Perak didakwa ambil dadah
Next post Baik pulih hakisan pantai Kuala Linggi akan dilaksanakan segera
Ubah saiz-+=