Sorting by

×

Melaka anjur Minggu Jerman sempena TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 14 Jun – Bagi menambah kemeriahan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), Kerajaan Negeri bercadang menganjurkan Minggu Jerman (German Week).

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, cadangan itu diusulkan selepas pmengetuai delegasi Kerajaan Negeri Melaka membuat promosi TMM2024 kepada komuniti perniagaan di Jerman ketika Misi Galakan Pelaburan ke negara itu pada 27 Mei hingga 5 Jun lalu.

Menurutnya, penganjuran itu bertujuan menghimpunkan semua komuniti Jerman yang berada di seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak untuk datang ke Melaka dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang akan diadakan.

Jelas beliau, acara itu dicadang akan dianjurkan selama seminggu antara bulan April hingga Jun tahun depan.

“Untuk Minggu Jerman selama seminggu ini kita bercadang menjemput semua pelabur dari Jerman seperti BMW, Porshe dan lain-lain bagi menambah kemeriahan TMM2024.

“Selain itu kita juga akan membawakan pertunjuk seni dan budaya, selain makanan warisan Jerman ke Melaka untuk meraikan sambutan itu nanti,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Exco Mingguan di Bilik Mesyuarat Tun Bija Sura, di sini, pada Rabu.

Menurut Ab Rauf, selain Minggu Jerman, pelbagai pengisian program turut dirangka sepanjang TMM2024 antaranya Melaka Berselawat dan pelbagai program keagamaan dan kebudayaan.

Ujar beliau, majlis pelancaran TMM2024 akan diadakan pada 14 Julai depan bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6537
Kongsi :
Previous post ‘No Right Turn’ bermula 3 Julai
Next post Melaka anjur Pertandingan Berbalas Pantun Warisan libat pelajar sekolah
Ubah saiz-+=