Melaka anjur Karnival TVET, 25-26 November depan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 17 Oktober – Kerajaan Negeri bakal menganjurkan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), 25 dan 26 November depan.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, karnival itu diadakan sebagai usaha mewujudkan ekosistem lebih sihat untuk pembangunan TVET di negeri ini dengan menggabungkan institusi pengajian tinggi (IPT) dan pihak industri.

Katanya, selama dua hari karnival tersebut berlangsung, pelbagai pengisian program dan aktiviti akan dijalankan, antaranya, pameran dan simposium berkaitan TVET.

“Selain itu, akan diadakan karnival kerjaya yang mana beberapa syarikat akan membuka reruai (booth) untuk menjalankan sesi temuduga pengambilan pekerja.

“Pada masa sama, pihak IPT berkaitan TVET juga akan mengadakan pengambilan pelajar secara terus pada karnival berkenaan.

“Jadi, untuk tempoh dua hari kita menyasarkan seramai 10,000 pengunjung dan peserta akan hadir,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Koa Denko (Malaysia) Sdn Bhd di Ayer Keroh Eco Park, di sini, hari ini.

Menurut Khaidhirah, setakat ini, lebih 10 buah syarikat telah menyatakan persetujuan untuk menyertai karnival berkenaan antaranya Petronas, Texas Instruments dan lain-lain lagi.

“Kita mengalu-alukan lebih banyak syarikat menyertai karnival ini kerana ia bakal menjadi satu bentuk kerjasama dalam membangunkan TVET di Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2216
Kongsi :
Previous post Pusat tahfiz anak mualaf bakal jadi tarikan
Next post Penguasaan Bahasa Melayu SJKC, SJKT perlu dipertingkat
Ubah saiz-+=