Sorting by

×

MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

DUYONG 19 Januari – Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, program terbesar membabitkan pencinta kenderaan rekreasi (RV) dan karavan seluruh negara itu dijangka akan dilaksanakan sebelum Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025).

Menurut beliau, lokasi yang dicadangkan bagi penganjuran jamboree itu adalah di Dataran Pantai Klebang.

“Program Jamboree Karavan ini akan dijadikan tarikan kepada lebih 155 wakil negara yang akan bersidang di Melaka pada WTD 2025 nanti.

“Jadi kita harap semua bersedia untuk berkampung di Melaka pada bulan September nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program ‘2025 Camper Rally Melaka’ di Stadium Tun Fatimah, Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dan Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Turut hadir, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dan Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia, Farman Othman.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ab Rauf memaklumkan sebanyak empat tapak karavan telah dibangunkan di Melaka bagi menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan pemilik RV dan karavan dari seluruh negara, termasuk negara jiran.

Tambah beliau, pada pembentangan Bajet 2025 Negeri Melaka yang lalu, Kerajaan Negeri juga komited membangunkan ‘Glamping and Caravan Park’ yang berpotensi dijadikan lokasi pelancongan bertaraf dunia, antaranya di Taman Ekstrem Tasik Chinchin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

115
Kongsi :
Previous post KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
Next post RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
Ubah saiz-+=