Sorting by

×

Melaka anjur 64 acara menjelang TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 19 Jun – Sebanyak 64 program dan acara akan diadakan sehingga hujung tahun ini sebagai persiapan menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, 13 daripadanya adalah acara pelancongan utama bagi merancakkan aktiviti pelancongan di Negeri Melaka.

Katanya, kesemua acara pelancongan itu sebagai persediaan menyambut TMM2024 dan ia boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat.

“Antara acara utama sepanjang tahun ini adalah seperti Melaka International Muaythai pada 29-30 Julai 2023 di Banda Hilir dan Karnival Beca Melaka 2023 pada 1-2 September 2023 di Jalan Kota, Banda Hilir.

“Ia diikuti Pertandingan Memancing dan Memasak Ikan Air Tawar 2023 pada 3 September 2023 di Sungai Melaka dan Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 pada 29 September – 3 Oktober 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Perarakan Perahu Naga Melaka 2023 di Dataran Persahabatan Malaysia-China, Lorong Hang Jebat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata pihaknya turut akan melancarkan beberapa produk pelancongan baharu pada tahun ini.

“Kita juga akan melancarkan produk pelancongan baharu bagi mencapai sasaran kira-kira 18 juta pelancong pada tahun hadapan.

“Apa produknya, tunggu pada hari pelancaran nanti, sekarang ia masih dalam persiapan untuk dilancarkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1505
Kongsi :
Previous post Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Next post 40 perahu naga berentap di Sungai Melaka, 2 Julai ini
Ubah saiz-+=