Sorting by

×

Melaka akur ‘travel bubble’ digantung sementara

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BATU BERENDAM 8 Mei. – Kerajaan negeri tiada halangan jika gelembung perjalanan domestik digantung sementara walaupun ia memberi kesan terhadap sektor pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, tindakan itu bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dalam negara.

MUHAMMAD Jailani menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

“Sekatan ‘travel bubble’ sudah pasti memberi kesan kepada Negeri Melaka.

“Saya faham tujuannya untuk mengelakkan kesesakan (penularan pandemik) di Aidilfitri kerana setiap kali perayaan seluruh warga Malaysia akan keluar berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Iftar Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bersama anak-anak yatim Darul Aitam di Buffet Perdana Bintang Katering Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Kelab PENDIKA, Amir Mamat dan penaja iftar merangkap
Pengarah Urusan Eszahar Maju Enterprise, Eszahar Mansor.

ANTARA pengamal media yang hadir.

Sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan gelembung perjalanan domestik membabitkan aktiviti pelancongan yang memerlukan rentas negeri digantung sementara berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata bagaimanapun aktiviti pelancongan yang tidak memerlukan rentas negeri masih boleh diteruskan.

“Kita sudah umumkan mengenai aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan termasuk aktiviti pelancongan daripada negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP melalui gelembung perjalanan domestik katanya dalam sidang media khas, baru-baru ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

672
Kongsi :
Previous post 150,597 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan setakat bulan lalu- PM Muhyiddin
Next post Polis Melaka tidak bercadang periksa kasut pada Aidilfitri
Ubah saiz-+=