Melaka AgroFest dimasukkan dalam kalender TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 24 Jun – Melaka AgroFest yang merupakan penjenamaan semula Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, akan dijadikan sebagai antara tarikan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, untuk tahun depan Melaka AgroFest akan diangkat sebagai acara lebih besar dan dicadang untuk dianjurkan selama seminggu.

Menurutnya, penganjuran itu akan dirangka sempena musim durian yang mana, acara Pesta Makan Durian turut akan dianjurkan bagi menarik kehadiran pelancong.

“Kita cadangkan acara pesta makan durian itu diadakan di Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang bagi menikmati musim buah-buahan di kawasan itu.

“Namun acara utama seperti gerai pameran dan persembahan akan kekal diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh.

“Kita berharap acara yang dimasukkan ke dalam kalender TMM2024 ini dapat menarik kehadiran pelancong untuk menikmati kepelbagaian hasil pertanian di bumi Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Melaka AgroFest 2023 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, barisan-barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2104
Kongsi :
Previous post MLTA mohon peruntukan pembangunan sukan tenis Melaka
Next post Suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki
Ubah saiz-+=