Sorting by

×

Melaka adakan tiga acara utama setiap bulan sempena TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 12 Jun – Tiga acara utama pelancongan termasuk aktiviti bulanan dijangka dilaksanakan bermula Julai tahun ini sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan pelancong pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, setakat ini persediaan menghadapi TMM2024 sudah 70 peratus persiapan dilaksanakan dengan kerjasama agensi pelancongan di negeri ini seperti Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dan Tourism Melaka.

“Setakat ini kita belum kira berapa jumlah pelancong masuk ke Melaka, tahun ini proses ‘warm-up’ kita sudah bermula sekarang dengan bermacam-macam program yang kita aturkan hingga Disember nanti.

“Antara (aktiviti) ‘warm-up’ melibatkan pesta gendang, pesta memancing serta pelancaran TMM2024 pada Julai ini yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.

“Kita bukan hanya fokus kepada program besar pada setiap bulan, malah program mingguan juga akan diadakan untuk pastikan sasaran kita seramai 18.7 juta pelancong tahun ini tercapai,” katanya.

WhatsApp Image 2023-06-12 at 12.07.40 PM
MOHD Zamri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Tourism Crisis Communication, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran ASEAN Tourism Crisis Communication (ATCC) yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Mohd Zamri Mat Zain di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka, Badaruddin Mohd Kasim dan Pengurus Besar BPP, Sa’ari Basiron.

Ujarnya lagi, Kerajaan Negeri juga sedang meneliti beberapa produk baharu untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan sempena TMM2024.

“Penggiat pelancongan kita juga sudah ada segmen yang disusun atur melalui BPP dengan kerjasama Tourism Melaka untuk kenal pasti beberapa produk baharu yang sebelum ini belum ada.

“Dengan produk baharu ini, ia bukan sahaja dapat dimasukkan dalamTMM2024, malah untuk dipromosikan pada Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2025 nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1715
Kongsi :
Previous post Projek infrastruktur kecil dipindah ke jabatan lain, pejabat daerah
Next post Ribut badai kedai makan, rumah di Kuala Linggi
Ubah saiz-+=