MEKAR suntik 58 keluarga asnaf Melaka Tengah
AYER KEROH 20 Julai – Peserta daripada 58 buah keluarga dihimpunkan pada Seminar Membina Keluarga Rahmah (MEKAR), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Tahun 2024 diadakan di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Menerusi program itu golongan asnaf sekitar Daerah Melaka Tengah didedahkan dengan pelbagai pengisian program seperti ceramah dan pertandingan disertai ibu bapa dan anak-anak.
Daripada jumlah itu, seramai 185 ahli keluarga melibatkan diri dengan pengisian pertama program iaitu seminar ‘Pembinaan Keluarga Rahmah: Kaedah Komunikasi dan Pengurusan Konflik Keluarga Yang Berkesan’ oleh penceramah undangan yang merupakan penyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Redzwan Yasin.
Program diadakan bermula sejak jam 9 pagi tadi diteruskan dengan slot seminar kedua oleh Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka, Mohd Zakri Raihan.
Pada program itu juga turut membuka peluang kepada kanak-kanak menyertai pertandingan berwarna dan aktiviti menonton filem animasi tempatan yang diadakan serentak di hotel tersebut.
Program itu disusuli dengan acara perasmian penutupan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Zuraini Bibi Mohamed Yusoff.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LORI TANGKI REMPUH TRELER SEBELUM TERBAKAR
ALOR GAJAH 8 Januari - Lori tangki yang terbakar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 199.4 Lebuhraya Utara Selatan...
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PEMANDU CEDERA, LORI TANGKI DAN KERETA TERBAKAR
AYER KEROH 8 Januari - Sebuah lori tangki minyak sawit dan sebuah kereta terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
ELAUN TAMBAHAN HARGAI JPKK MELAKA
AYER KEROH 8 Januari - Nasib Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini terus terbela dan menjadi keutamaan...