MEKAR: Panduan asnaf bina keluarga berkualiti

Masa Membaca:2 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 21 Julai – Penganjuran Seminar Membina Keluarga Rahmah (MEKAR) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 2024 membantu golongan asnaf di negeri ini dalam membina  sebuah keluarga bahagia dan berkualiti.

Program itu disambut baik asnaf kerana dianggap sebagai pembuka jalan untuk memajukan diri dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.

Al Hisham Alias, 43 berkata, paling menarik apabila MEKAR turut mendedahkan dirinya mengenai aspek Pengurusan kewangan yang bijak.

Dia yang menetap di Sungai Putat bersama isteri, Zuraidah Mohd Ali, 37 sanggup mengambil cuti untuk mengikuti program bermanfaat itu demi mendapatkan ilmu pengetahuan mendalam mengenai institusi kekeluargaan.

“Selain mendapat kenalannya baharu menerusi aktiviti dilaksanakan kami sekeluarga mendapat banyak pendedahan berhubung cara membina keluarga bahagia. Sudah dua kali kami hadir pada penganjuran MEKAR, kerana pengisian yang amat bermanfaat.

“Saya harap program seperti ini diteruskan demi kesejahteraan asnaf, hubungan ke keluarga an yang kukuh amat penting bagi saya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20240720 200417 823
MOHD Shukre dan isteri Norhayati.

Sementara itu, Mohd Shukre Abdul Wahif, 51, teruja apabila diberi peluang untuk mengikuti program itu yang membuka minda golongan asnaf untuk maju kehadapan.

“Setiap tahun saya bersama isteri, Norhayati Yahaya, 52, tidak akan melepaskan peluang yang ditawarkan MAIM, menerusi Program ini kami dapat tahu dan perbaiki peranan kami sebagai ibu, bapa serta anak.

“Alhamdulillah, hasil pendedahan diberi, pengurusan rumah tangga kami teratur kerana masing-masing tahu tanggungjawab dan peranan di rumah. Malah kami juga diberi pendedahan bagaimana menguruskan kewangan keluarga dengan sempurna,” katanya.

Img 20240720 200417 860
MOHD Shukre dan isteri Norhayati.

Manakala , bagi Muhammad Riduwan Muhammad Sabri Chian, 24, baru mendirikan rumah tangga lima bulan lalu menyifatkan program itu perlu diteruskan untuk membimbing pasangan sepertinya mengukuhkan pertalian dalam rumah tangga.

Katanya, sejak berpindah dan berkahwin bersama isteri yang menetap di Bachang, Nurain Zainal,30, banyak pendedahan dan dorongan telah diberikan MAIM bagi memastikan institusi kekeluargaan golongan asnaf teguh.

“Banyak program yang didedahkan kepada kami sebab sebelum ini saya menetap di Ulu Kelang, Selangor tidak didedahkan dengan pelbagai program seperti di Melaka.

“Ia bagus jika diteruskan dan disasarkan buat golongan asnaf yang baru mendirikan syurga baharu seperti kami, Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana turut diberikan peluang untuk terlibat dalam program bermanfaat ini,” katanya.

Terdahulu, seramai 185 peserta daripada 58 buah keluarga asnaf daerah Melaka Tengah menyertai program tersebut yang telah dirasmikan Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Zuraini Bibi Mohamed Yusoff .

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

201
Kongsi :
Previous post Sebuah Pesta Kopi Kueh Melaka destinasi kaki kopi
Next post Melaka terus ‘boom’ di bawah kepimpinan Ab Rauf – Shanmugam
Ubah saiz-+=