Sorting by

×

MEKAR: JPN MELAKA TERIMA 2,525 PERMOHONAN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 28 November – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka menerima 2,525 permohonan menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) sepanjang Januari hingga November ini.

Pengarah JPN Melaka, Norazle Sulaiman berkata pelbagai jenis permohonan diterima menerusi program MEKAR merangkumi dokumen pengenalan diri, kad pengenalan, sijil lahir dan lain-lain.

Katanya, permohonan MEKAR itu termasuk MEKAR Ihsan; MEKAR Komuniti; MEKAR Pahlawan dan MEKAR Identiti.

“MEKAR adalah inisiatif prihatin JPN dalam memberi perkhidmatan terus kepada golongan yang memerlukan seperti warga emas, orang kelainan upaya (OKU), pesakit terlantar, pesakit mental dan mereka yang tiada keupayaan untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN untuk mendapatkan perkhidmatan.

“Di Melaka permohonan MEKAR ini turut merangkumi prospek atau pelanggan di penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan Bil 11/2024 Sempena Hari Terbuka Bersama Media 2024 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Norazle memaklumkan sepanjang Januari hingga November tahun ini pihaknya menerima 168 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 41 kes Daftar Lewat Kad Pengenalan.

“Antara permohonan paling tinggi membabitkan Permohonan Perkahwinan pada tahun ini iaitu melibatkan 291 permohonan.

“Manakala bagi tangkapan menerusi operasi sebanyak 28 kes direkodkan berbanding 14 kes tahun lepas; Tangkapan dan Pendakwaan pula kita terima 12 kes berbanding 15 kes tahun lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

310
Kongsi :
Previous post ‘IDEAL’ MBMB PERCEPAT KEBENARAN MERANCANG
Next post FGV TUNAI ZAKAT PERNIAGAAN DI MELAKA
Ubah saiz-+=