Sorting by

×

MEDIA MELAKA TINJAU KAPAL PERSIARAN GENTING DREAM

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 18 November – Kira-kira 92 delegasi Kerajaan Negeri berpeluang melawat dan meninjau kemudahan dan pengoperasian Kapal Persiaran Genting Dream, yang berlabuh di Selat Melaka, hari ini.

Lawatan berkenaan turut disertai kira-kira 10 pengamal media Negeri Melaka bagi melihat sendiri kapal persiaran eksklusif berkenaan yang berlabuh di negeri ini selama 12 jam.

Whatsapp Image 2024 11 18 At 3.03.02 Pm
KOLAM renang khas untuk penumpang yang bermalam di atas kapal persiaran Genting Dream.

Terdahulu delegasi Kerajaan Negeri bersama wakil media berkumpul di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Laksamana sebelum dibawa ke kapal persiaran itu dengan menaiki bot.

Pelawat diberikan taklimat, sebelum dibawa melawat bahagian menarik yang disediakan untuk penumpang seperti ruang makan, kolam renang, kemudahan riadah air dan meninjau suasana menarik Selat Melaka dari dek kapal mewah itu.

Persinggahan kapal berkenaan di Melaka secara tidak langsung memberi peluang kepada pelancong menerokai pengalaman sebenar keindahan, keunikan dan sejarah ketamadunan di Negeri Melaka.

Untuk rekod kapal persiaran ini dikendalikan Resort World Cruises, dengan kapasiti seramai 4,500 penumpang, ia berlepas setiap minggu pada hari Ahad dari Singapura yang menawarkan pelayaran dua malam ke Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

861
Kongsi :
Previous post 150 SYARIKAT GUNAKAN APLIKASI IWORKSYOP
Next post DUA PENGEDAR DADAH DITAHAN BERSAMA GANJA BERNILAI RM65,428
Ubah saiz-+=