Media ‘berkampung’ di rumah Muhyiddin
KUALA LUMPUR 29 Julai – Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan petugas media susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat hari ini.
Petugas media dilihat mula ‘berkampung’ di rumah perdana menteri yang terletak di Bukit Damansara, di sini sejak jam 1 tengah hari tadi.
Pemerhatian Bernama mendapati beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri dan Peguam Negara memasuki perkarangan kediaman perdana menteri pada kira-kira 1.30 tengah hari.
Dalam kenyataan Istana Negara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong juga amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
AKHIRNYA SUAMI, ISTERI TINGGAL DALAM KHEMAH SETUJU PINDAH KE RUMAH SEWA
BEMBAN 19 Disember - Kekangan kewangan bukan sahaja membantutkan impian mereka untuk memiliki kediaman sendiri, malah memaksa pasangan ini berteduh...
16 AGENSI KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BERNILAI RM4.642 JUTA
AYER KEROH 19 Disember - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menerima serahan Zakat Perniagaan...
MELAKA TERIMA KUTIPAN ZAKAT LEBIH RM120 JUTA TAHUN 2024
AYER KEROH 19 Disember - Melaka merekodkan kutipan zakat lebih RM120.3 juta setakat 18 Disember, meningkat sebanyak 4.223 juta atau...
MASUK PERCUMA, MACAM-MACAM ADA DI FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Orang ramai berpeluang mengunjungi Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24) secara percuma bagi mendapatkan produk-produk...
PELAYARAN MINI AMAZON, SEA CRUISE ANTARA PRODUK BAHARU MELAKA TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal meluncurkan beberapa produk tarikan baharu dalam usaha...
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...