
Medan selera MBMB terbersih di Melaka
AYER KEROH 21 September – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyapu bersih Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Melaka 2022.
Anugerah itu diraih pada Majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia (WFSD) dan Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Melaka yang dirasmikan Exco Kesihatan dan Antidadah Dr Muhamad Akmal Saleh di Auditorium Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam.
Pencapaian cemerlang MBMB didahului oleh Medan Selera Tun Ali di Kampung Morten yang dinobat johan kategori Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Melaka 2022.
Kejayaan itu melayakkan MBMB membawa pulang hadiah kemenangan RM1,000.
Lebih manis, MBMB turut memenangi tempat kedua dan ketiga menerusi Medan Selera Kompleks Niaga Limbongan dan Medan Selera Taman Desa Taming Sari Sungai Udang untuk memenangi RM750 dan RM500, selain hadiah saguhati yang dimenangi Medan Selera Bandar Baru Sungai Udang.
Bagi kategori Rehat dan Rawat (R&R), MBMB turut meraih tempat ketiga menerusi Tempat R&R Cheng sekali gus memenangi RM500.
Hadiah kemenangan itu telah diterima Setiausaha Bandaraya MBMB Noramirul Nizam Kamis yang mewakili Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...