Sorting by

×

MCorp fokus capai sasaran tahun 2024

Masa Membaca:46 Saat

AYER KEROH 7 Mac – Perbadanan Melaka (MCorp) dan kumpulan syarikatnya akan memastikan segala gerak kerja dilaksanakan mampu mencapai sasaran ditetapkan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCorp), Datuk Mohd Yusof Abu Bakar berkata, bagi merealisasikan hasrat itu pelbagai projek jangka pendek dan panjang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Bila anak syarikat MCorp berjaya, jadi MCorp pun akan berjaya, justeru saya harap kakitangan MCorp akan terus bekerja dengan lebih baik selepas ini.

“Buat kerja bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, sepanjang bulan Ramadan ini juga pelbagai program kebajikan akan diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan MCorp bagi Bulan Februari 2024 di Auditorium Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MCorp, Datuk Lim Chow Beng; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MCorp, Ts. Noramirul Nizam Kamis dan ketua-ketua kumpulan syarikat di bawah MCorp.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1029
Kongsi :
Previous post Pelancongan kesihatan: Melaka teroka pasaran Vietnam
Next post Segera hubungi 997 jika jadi mangsa ‘scam’
Ubah saiz-+=