Sorting by

×

MCORP, ANAK SYARIKAT TERUS MENGORAK LANGKAH

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 7 Mac – Perbadanan Melaka (MCORP) dan anak syarikat di bawahnya terus mengorak langkah menjadi sebuah agensi yang berdaya saing dan maju ke hadapan.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha pengurusan tertinggi dan warga kerja MCORP sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MCORP memaklumkan, antara pencapaian membanggakan adalah menghidupkan semula beberapa anak syarikat, selain pembukaan semula beberapa produk pelancongan di bawah MCORP seperti Kompleks Air Panas Gadek dan Panggung Bangsawan.

“Tidak hanya itu MCORP juga telah menyenaraikan beberapa perancangan untuk terus ke depan sepanjang tahun ini seperti dalam ucapan amanat Ketua Pegawai Eksekutif MCORP.

“Difahamkan terdapat beberapa perancangan baharu membabitkan hartanah dan bangunan-bangunan kerajaan yang bakal diambil alih MCORP untuk dibangunkan semula dan saya yakin semua ini antara langkah untuk terus memastikan perbadanan ini terus berdaya saing dan membantu pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat MCORP Bagi Bulan Mac 2025 di Hotel MITC, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mohd Yusof Abu Bakar serta ketua-ketua anak syarikat MCORP dan warga kerjanya.

Selain perhimpunan bulanan, turut diadakan Majlis Iftar Bersama Kumpulan Syarikat, selain kejutan sambutan hari jadi Khaidhirah daripada MCORP bersama kumpulan syarikat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post YB HELMY ‘BERJAGA’ PANTAU BANJIR, SALUR BANTUAN KETUA MENTERI
Next post ‘TERIMA KASIH KETUA MENTERI, YB HELMY’