Sorting by

×

MBMB TERIMA TIGA ANUGERAH DI MIP EXCELLENCE AWARDS 2024

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 26 Januari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berjaya menggondol tiga anugerah, sekali gus mengiktiraf pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menjadikan Melaka sebagai sebuah bandaraya mampan dan progresif.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata tiga anugerah yang diterima itu adalah pengiktirafan daripada Malaysian Institue of Planner (MIP) pada majlis Planning Excellence Awards 2024 yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Katanya, kejayaan itu memberikan semangat kepada MBMB dalam memacu Melaka menjadi negeri progresif dan lestari.

“MBMB merangkul Planning Service Excellence Award dengan projek Integrasi Mobiliti Pintar di Bandaraya Warisan Dunia UNESCO ( Special Mention). Bagi kategori Inclusive Design Award MBMB turut merangkul Bronze bagi projek Santai@Sg. Melaka.

“Kami turut menerima pengiktirafan menerusi kategori Smart City Award dengan Projek Blueprint Bandar Pintar dan Rendah Karbon MBMB ( Special Mention) ,” katanya.

Mengulas lanjut, Shadan berkata kejayaan itu mencerminkan usaha keras dan komitmen semua dalam menjadikan Melaka sebuah bandaraya mampan dan progresif.

“Seiring dengan cogan kata MBMB Sejahterakan Bandarayaku, MBMB akan menjadikan kejayaan ini untuk terus bergerak kehadapan, “ katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

158
Kongsi :
Previous post HAMPIR 100 PROGRAM DIRANGKA BAGI MERIAHKAN W.R.U.R DUN PENGKALAN BATU
Next post MELAKA BILA LARUT MALAM: TARIAN SINGA DI MENARA TAMING SARI
Ubah saiz-+=