MBMB serius tangani masalah anjing liar

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 3 Julai – Aduan berkaitan anjing liar paling banyak disuarakan pada sesi dialog Hari Bertemu Pelanggan 2024 anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dewan Taming Sari, Graha Makmur, di sini, semalam.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata isu berkenaan dibangkitkan wakil penduduk taman perumahan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Kehadiran anjing liar menimbulkan rasa kurang selesa dan merisaukan penduduk, MBMB ambil maklum tentang perkara ini. Namun bagi tindakan bagi menangani masalah ini perlu mengikut beberapa prosedur dan ada antaranya perlu mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Veterinar.

“Selain itu MBMB juga aktif melaksanakan program kembiri bagi mengawal populasi anjing liar. Selain itu antara isu lain dibangkitkan adalah paip bocor; sampah tidak diangkat; longkang tersumbat; jalan rosak dan pelbagai lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Selain MBMB program itu turut disertai 10 agensi lain seperti Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Infra, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan MHI.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

89
Kongsi :
Previous post Anak muda perlu ikuti Telegram MyMelaka News
Next post Kerani firma guaman didakwa rasuah kenalan untuk buat laporan polis palsu
Ubah saiz-+=