
MBMB sembur racun, kawal wabak penyakit
AYER KEROH 16 Julai – Unit Projek Landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) giat melakukan kerja-kerja semburan racun kulat serta serangga bagi langkah kawalan penyakit.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, langkah itu bagi memastikan serangan serangga perosak terhadap pokok hiasan landskap terus segar dan berbunga.
“Kerja-kerja ini dilakukan di kawasan tumpuan pelancong bagi memberi keselesaan kepada mereka untuk datang ke Melaka.
“Kita lakukan pada waktu malam di mana angin tidak bertiup kencang dan hari pertengahan minggu,” katanya.
Ujarnya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak merisikokan diri dari jangkitan wabak Covid-19 serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
