
MBMB rangkul dua anugerah pelancongan Asia Tenggara
AYER KEROH 6 Februari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membuktikan keunggulannya dalam sektor pelancongan Asia Tenggara apabila merangkul dua anugerah pada Asean Tourism Award yang berlangsung di Jogjakarta, semalam.
MBMB diumum pemenang bagi kategori ‘Public Toilet Standard’ dan dan ‘ASEAN Community Based Tourism Standard 2023-2025’.
Kedua-dua anugerah itu diterima menerusi Tandas Stesen Minyak Petron Krubong dan Jawatankuasa Jonker Walk Melaka.
Anugerah tersebut telah disampaikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing kepada Pegawai Kesihatan Persekitaran MBMB Khairul Anam Mokhtar yang mewakili Datuk Bandar MBMB serta wakil Jawatankuasa Jonker Walk Melaka Roger Tan Wei Jian.
Majlis penutup Asean Tourism Award telah disempurnakan Menteri Kemenparekraf atau Baparekraf Indonesia Sandiaga Salahuddin Uno.
Manakala Majlis Penganugerahan Asean Tourism Award 2024 kepada tuan rumah berikutnya iaitu Laos telah diterima oleh Suanesavanh Vignaket yang merupakan Minister of Information, Culture and Tourism.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUNGAI MELAKA FASA DUA BERKONSEPKAN RIADAH AKAN DISERAHKAN KEPADA PPSPM JUN INI
BANDARAYA MELAKA 29 April - Sungai Melaka Fasa Dua akan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM) pada...
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...