
MBMB rancang pembangunan 15 tahun ke hadapan
AYER KEROH 3 Okt. – Sesi town hall Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyebarluas perancangan MBMB bagi pembangunan Bandaraya Melaka Bersejarah dalam tempoh 15 tahun kehadapan.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, perancangan itu mengambil kira Rancangan Tempatan (Penggantian) 2035 MBMB.
“Ia termasuk kriteria digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) sebagai usaha pembangunan manusia sejagat,” katanya.
Sesi townhall itu melibatkan pemain industri dalam Bandaraya Melaka Bersejarah anjuran bersama Real Estate and Housing Developers Association (REHDA Melaka) dipengerusikan Zainal.
Hadir sama Ketua Whip MBMB, Datuk Abidullah Salleh dan Pegawai Daerah Melaka Tengah, Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz.
Pada sesi itu terdapat pembentangan prosedur, perkhidmatan serta akta dan tatacara yang diaplikasikan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya MBMB.
Views:
Related

Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...