
MBMB prihatin bantu lima anak yatim
DUYONG 3 Februari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) cakna dalam membantu golongan kurang bernasib baik dengan memberikan sumbangan barangan keperluan kepada anak-anak yatim di Kampung Duyong Tengah, semalam.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, seramai lima anak-anak yatim dalam usia lingkungan lima hingga 14 tahun di kampung itu telah menerima sumbangan daripada Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr Abd Razak Abu.
Menurutnya, anak-anak yatim yang menerima sumbangan itu telah kehilangan ibu dan dijaga oleh neneknya yang tidak bekerja.
“Anak-anak ini telah menerima sumbangan pampers dan barangan keperluan harian, untuk makluman keluarga ini telah kehilangan ibu dan di bawah penjagaan nenek yang tidak bekerja.
“Semoga dengan usaha berterusan membantu golongan memerlukan ini dapat meringankan beban ditanggung.
“MBMB sentiasa cakna dan prihatin dengan kepentingan masyarakat setempat, sama-sama kita peduli dan ambil tahu dengan perkembangan orang-orang yang terdekat dengan kita,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...