MBMB PBT pertama rangka Pelan Kecemasan Luar Tapak

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 15 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang menyediakan pelan kecemasan luar tapak bagi menangani bencana di kawasan industri.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, pelan itu selaras dengan Peraturan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 atau lebih dikenali sebagai CIMAH.

Katanya, menerusi pelan tersebut seluruh pengusaha industri termasuk agensi berkaitan mempunyai satu garis panduan bagi menangani sebarang kemalangan luar jangka khususnya ketika bencana.

“Melihat kepentingan itu MBMB bekerjasama dengan Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. atau MRCSB menganjurkan Bengkel Penyediaan Pelan Kecemasan Luar Tapak Bersama Industri (Major Hazards Industry).

“Pelan ini sebenarnya adalah yang pertama di Malaysia dan berkemungkinan akan dijadikan rujukan untuk negeri lain.

“Hari ini diadakan bengkel untuk mempersiapkan pelan tersebut yang kemudiannya akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Bencana Negeri sebelum dijadikan rujukan terutamanya di kawasan MBMB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penutup Bengkel Penyediaan Pelan Kecemasan Luar Tapak MBMB Bersama Industri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MRCSB, Ahmad Farid Yaacob dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kasman Nasir.

Terdahulu, bengkel tersebut disertai kira-kira 37 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dalaman negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2410
Kongsi :
Previous post ‘Kontraktor pembersihan jangan buat hal’
Next post Kerajaan Melaka anjur Hari Bertemu Rakyat, 22 Jun ini
Ubah saiz-+=