![Photo6116108553233214339](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2021/02/photo6116108553233214339.jpg?v=1612445152)
MBMB pasang lampu di Kota Porta De Santiago, Bandar Hilir sempena Hari Kanser Sedunia hari ini.
AYER KEROH 3 Feb. – Simbolik bagi sambutan Hari Kanser Sedunia hari ini, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menyalakan lampu biru dan oren di Kota Porta De Santiago di Bandar Hilir, dekat sini, sebentar tadi.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, selaras dengan Program Sinarkan Cahaya Harapan sempena Hari Kanser Sedunia, nyalaan lampu itu bermula dari jam 8 sehingga 10 malam.
![](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2021/02/photo6116108553233214336-1-1024x682.jpg)
“Ini salah satu inisiatif MBMB bagi menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan yang sentiasa membantu komuniti setempat dalam banyak perkara termasuk kempen kesedaran bahaya kanser.
“Sesuai dengan norma baharu tahun ini, MBMB turut menyokong rakan strategik dengan cara yang berbeza tetapi memberi kesan yang positif buat semua,” katanya.
Sambutan itu mendapat kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.
Di Melaka terdapat tiga persatuan kanser seperti National Cancer Society of Malaysia, Hospis Melaka dan Melaka Cancer Society.