
MBMB mohon KPKT serahkan syarikat konsesi
Ayer Keroh 17 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan melakukan permohonan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyerahkan syarikat konsesi kepada kerajaan negeri agar mampu diuruskan dengan lebih teratur.
Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu berkata, sekiranya syarikat konsesi dikawal selia pihak berkuasa tempatan (PBT) ia mampu memastikan setiap pergerakan kawal selia di negeri ini diuruskan secara terus.
Jelasnya, perkara ini mampu menyelesaikan permasalahan sampah, pengurusan pemotongan rumput serta pelbagai penyelenggaraan lain dengan pantas sekiranya laporan diterima.
“Kita cadang akan buat permohonan kepada KPKT supaya kita boleh ambil semula syarikat konsesi ini untuk kita uruskan secara terus dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Perkara ini perlu dilaksanakan kerana terlalu banyak laporan diterima MBMB berhubung permasalahan sampah serta rumput panjang sedangkan ia diuruskan oleh syarikat konsesi.
“Ramai yang membuat laporan menuding jari kepada PBT sedangkan ia diuruskan oleh syarikat konsesi yang sepatutnya bertanggungjawab setiap kali laporan diterima,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI), petang tadi.
Views:
Related


Berita Lain
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...