MBMB kumpul 393 kilogram minyak masak terpakai
AYER KEROH 8 Mac. – Sebanyak 393 kilogram minyak masak terpakai dikumpul menerusi Program Belian Minyak Masak Terpakai Bantu Industri Biodiesel, Jumaat lalu.
Program hasil inisiatif Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu memberi manfaat dalam merealisasikan Kempen Kitar Semula di negeri ini.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, setiap satu kilogram minyak masak terpakai itu dibeli dengan harga RM1 oleh pihak syarikat Syarikat Evergreen Oil & Feed Sdn. Bhd yang berdaftar dan berlesen dengan Lembaga Sawit Malaysia Sdn. Bhd. (MPOB).
“Ini merupakan tahun keempat penganjuran program ini di bawah MBMB dan sebelum ini ia hanya dibuka kepada anggota MBMB.
“Namun atas permintaan warga bandar raya dan orang ramai, tahun ini MBMB telah memperluas program kepada orang ramai untuk sama-sama menyertainya,” katanya kepada MHI.
Zainal berharap program itu dapat menarik minat rakyat Melaka untuk mengumpul minyak masak terpakai.
“Ia secara tidak langsung dapat mendidik dan menyebarluaskan amalan ‘hijau’ dalam kalangan anggota serta warga bandar raya,” katanya lagi.
Selain syarikat terbabit, program itu turut mendapat kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
BANDARAYA MELAKA 8 Januari - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan tiga perkara penting dalam amanat khasnya...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION
BANDARAYA MELAKA 7 Januari - Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini...
POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
SEREMBAN 7 Januari - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar...
ANAK POKOK KELAPA PERCUMA DI KARNIVAL PERTANIAN MASJID TANAH 2025
TANJUNG BIDARA 7 Januari - Pelbagai aktiviti menarik termasuk agihan 3,000 anak pokok kelapa kepada pengunjung yang hadir diatur bagi...
JOM MUAT TURUN APLIKASI ASAHAN SEJAHTERA
ASAHAN 7 Januari - Aplikasi Asahan Sejahtera dilancarkan pertengahan Disember lalu dijangka akan memberikan manfaat kepada 20,000 penduduk Dewan Undangan...
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI ENAM NEGERI – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 7 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri...