
‘MBMB ICT Pushbike Fun Race’ pada 22 Jun
AYER KEROH 28 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mempelawa kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun untuk menyertai Program ‘MBMB ICT Pushbike Fun Race’ pada 22 Jun depan.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, penganjuran itu bertujuan untuk mencungkil bakat selain menyediakan platform bagi si cilik aktif dalam aktiviti ‘push bike’ atau basikal tolak bersaing secara sihat.
“Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM15, kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu usia dua hingga tiga tahun, empat hingga lima tahun dan enam hingga tujuh tahun.
“Pertandingan ini diadakan di Graha Makmur MBMB bermula jam 8.30 pagi, penyertaan terhad kepada 24 peserta bagi setiap kategori dan mereka mengambil bahagian akan menerima e-sijil serta bib,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Shadan berkata, hadiah ditawarkan bernilai RM70 beserta trofi bagi tempat pertama, tempat kedua RM50 beserta trofi, tempat ketiga RM30 dan trofi, manakala tempat keempat hingga keenam menerima trofi sahaja.
Menurutnya pendaftaran dibuka dari 27 Mei hingga 15 Jun ini dan mereka berminat mengambil bahagian boleh mendaftar secara dalam talian menerusi ‘link’ pendaftaran https://space.mbmb.gov.my.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...