
MBMB hapus sarang gelandangan
KLEBANG 7 Julai- Lokasi tumpuan gelandangan yang mencacatkan pemandangan dan menimbulkan rasa kurang senang orang ramai di hadapan sebuah pasar raya di Klebang, di sini, dibersihkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Dalam operasi itu MBMB mengambil tindakan merampas dan melupuskan barangan di lokasi berkenaan yang terletak di sebuah pondok hentian bas.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahli Majlis MBMB Abdul Rafi Muiz berkata, tindakan pembersihan sarang gelandangan itu telah dijalankan pada 5 Julai lalu.
“Alhamdulillah tiada lagi isu gelandangan yang berada di hadapan Family Store Klebang apabila semua barangannya dirampas oleh MBMB dan akan dilupuskan.
“Terima kasih MBMB atas tindakan pantas membersihkan sarang gelandangan ini. Semoga tidak berulang lagi, kerana ia mencacatkan pemandangan Bandaraya Kita,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...