MBMB giat kesan pihak miliki tunggakan tinggi

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 9 Disember – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menubuhkan Unit Tunggakan Hasil awal tahun ini bagi mengesan pemilik harta persendirian atau syarikat yang memiliki jumlah tunggakan cukai yang tinggi.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata unit yang membabitkan seorang pegawai dan 20 anggota itu akan mengenal pasti pihak yang memiliki cukai melebihi angka ribuan ringgit.

Katanya, setakat ini unit berkenaan hanya mengeluarkan notis sahaja, bagaimanapun jika perlu tindakan lebih keras termasuk sitaan dan dirujuk ke mahkamah akan dilaksanakan.

“Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan jumlah kutipan dan setakat 30 Oktober lalu sebanyak RM16 juta cukai tertunggak sudah berjaya dikutip.

“Sementara itu setakat 30 November pula MBMB berjaya mengutip cukai taksiran harta sebanyak RM123 juta dan daripada jumlah direkodkan RM107 juta adalah cukai semasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBMB 2023 di Graha Makmur, MBMB, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, hadir sama Ketua Ahli Majlis MBMB, Abd Razak Abu.

Shadan memberitahu pembayaran cukai secara dalam talian pula membabitkan sebanyak 35,154 akaun dengan nilai kutipan sebanyak RM86.776 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

746
Kongsi :
Previous post Konflik keluarga, alasan tak bayar cukai
Next post Melaka anjur 113 program kesedaran cegah jenayah ‘scammer’
Ubah saiz-+=