
MBMB fokus keindahan kawasan tumpuan pelancong
BANDA HILIR 28 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan warisan dan tumpuan pelancong selaras dengan pembukaan semula sektor pelancongan domestik.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, keindahan dan kebersihan kawasan warisan menjadi fokus utama Jabatan Landskap MBMB.

“Sejak pembukaan sektor pelancongan domestik, Bandaraya Melaka jadi tumpuan pelancong dan alami kesesakan lalu lintas sejak awal bulan ini lagi.
“Justeru, Jabatan Landskap MBMB akan memastikan seluruh kawasan ini dijaga dengan baik dari semua aspek,” katanya.
Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan dengan kekuatan seramai 19 anggota meliputi 11 orang Unit Projek dan lapan orang Unit Tapak Semaian di sekitar Rumah Merah.
Selain pengindahan meletakkan pokok pasu baharu sekitar kawasan Medan Samudera dan Banda Hilir yang merupakan mercu tanda produk kraftangan di Bandaraya Melaka Bersejarah.