Sorting by

×

MBMB ceriakan lokasi ikonik dengan cahaya Aidilfitri

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 8 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menceriakan empat lokasi ikonik dengan limpahan cahaya lampu hiasan bermula 14 April ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata empat lokasi tersebut adalah di Jalan Hang Tuah Mall, Air Terjun Bukit Sebukor, Persimpangan Lebuh Ayer Keroh ke Bukit Beruang dan Bangunan Graha Makmur MBMB.

Katanya, limpahan lampu yang bergemerlapan itu merupakan simbolik bermulanya bahang Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

“Selain memberi bahang Hari Raya Aidilfitri, limpahan cahaya itu juga memberikan pencahayaan sekitar kawasan tumpuan dan bangunan MBMB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin dan Timbalan Exconya, Zulkiflee Mohd Zin.

Dalam pada itu, Shadan turut memaklumkan MBMB akan meraikan ulang tahun ke-20 ataupun dua dekad pada 15 April ini, namun tarikh itu jatuh pada bulan Ramadan.

“MBMB telah mengatur pelbagai program untuk sambutan 20 tahun ini dan acara kemuncak sambutan akan diadakan di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru pada 13 April,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1150
Kongsi :
Previous post Mayat ditemukan terapung di Kuala Sungai Baru
Next post Parlimen Kota Melaka sumbang RM120,000 untuk 24 masjid
Ubah saiz-+=