Sorting by

×

MBMB cakna kebajikan masyarakat bandar

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 APRIL – Program Bandaraya Penyayang dan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan antara fokus Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi membantu masyarakat kurang kemampuan di negeri ini.

Datuk Bandar MBMBV Datuk Zainal Abu berkata, penekanan kebajikan masyarakat kurang kemampuan di kawasan bandar akan diteruskan buat golongan benar-benar layak sekali gus membantu kelangsungan kehidupan mereka.

Di bawah program tersebut katanya, MBMB menyasarkan warga bandaraya yang layak untuk diberikan bantuan perumahan.

“Setiap tahun memang ada peruntukan untuk program-program tersebut dan kita juga memahami keperitan yang dihadapi mereka terutama yang terjejas pendapatan ketika pandemik melanda.

“Kita juga menyasarkan bantuan tiga buah rumah tahun ini yang diadakan di bawah program Bandaraya Penyayang bernilai RM45,000 ditawarkan buat golongan berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media kepada Program Cahaya Kasih Bersama Warga Bandaraya Melaka sempena Aidilfitri di Pusat Beli Belah Mahkota Parade, di sini hari ini.

Menurut Zainal, program itu merupakan antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBMB kepada warga Bandaraya Melaka dengan kerjasama pusat beli belah berkenaan.

Ujarnya, seramai 25 keluarga diberikan sumbangan sekali gus memberi peluang golongan terbabit bagi persediaan dalam persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.

“Semua keluarga yang dipilih dibuat berdasarkan permohonan keluarga yang mengemukakan permohonan insentif melalui PPKB Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Saya berharap sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberi kegembiraan mereka dalam merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini selepas dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1101
Kongsi :
Previous post MGBM terima dua pertubuhan belia baharu – Mohd Ridhwan
Next post MCA Melaka rai pengamal media sempena Aidilfitri
Ubah saiz-+=